Buku teks murid sudah memadai – Mahdzir

KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai dan mereka tidak sepatutnya dibebani dengan lebihan buku ke sekolah. Berikutan itu, Menteri Pendidi­kan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau sendiri akan melihat perkara itu dan mengkaji cara untuk mengatasinya. 

Justeru, beliau meminta semua sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) mencari jalan bagi membantu murid supaya tidak lagi membawa terlampau banyak buku terutama buku tambahan dan latihan. Beliau mengakui ketika ini mu­rid sekolah rendah dibebani de­ngan banyak buku termasuk buku-buku tambahan selain buku teks sehingga beratnya mencecah lapan hingga 10 kilogram. 

Mahdzir berpendapat, murid sekolah rendah tidak sepatutnya dibebani dan ‘digasak’ dengan ter­lampau banyak buku untuk ke sekolah hanya dalam tempoh enam tahun bersekolah rendah bermula tahun satu. “Saya akan semak perkara ini dan akan suruh PIBG timbang betul-betul buku yang dibawa murid kerana ada yang beratnya mencecah hingga 10 kilogram. “Janganlah kita bagi terlampau banyak beban kepada murid, sudahlah ada buku teks ditambah lagi dengan buku-buku tambahan atau buku latihan lain. 

Apa yang nak kejar sangat sedangkan budak-budak ini baharu saja di sekolah rendah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis graduasi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini hari ini. Mahdzir bimbang sekiranya masalah itu tidak ditangani de­ngan sebaiknya akan memberi kesan negatif kepada murid-murid se­perti membuatkan mereka meng­alami tekanan. “Janganlah kita terlampau mem­beri tekanan kepada budak, bu­kan nak jadi apapun, baharu dar­jah lima. Tapi masalahnya se­karang kita terlampau menekan hendak bagi semua ilmu kepada murid dalam masa enam ta­hun. “Semua hendak diberi, letih­lah mereka dan boleh ‘meletup’. 

Ba­gilah yang sepatutnya, buku teks sudah ada, itu sudah cukup untuk buat kerja latihan. Bagilah mereka (murid) seronok datang ke sekolah, tapi kalau buku pun sudah lapan kilogram, macam mana hendak seronok datang ke sekolah,” ujarnya. Sementara itu, Mahdzir berkata, pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan era digital. 

Katanya, kementerian akan me­laksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah dari segi penggunaan kad debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah.

No comments

Powered by Blogger.